Pages

Erti perjuangan


اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلا

Melangkah itu mudah Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.Dalam semua ini, Menjaga ISTIQOMAH itu yang paling susah, payah & lelah..

Namun DIA amat faham. Bagi hambanya, DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik. Hanya perlu melakukan yang terbaik, Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Nescaya DIA akan menguruskan selebihnya Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Moga Perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT...
Andai perjuangan ini mudah Pasti ramai menyertainya,Andai perjuangan ini
menjanjikan kesenangan Pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, Turun naiknya, sakit pedihnya Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula Andai terluka ingatlah janjiNYA..

Monday, August 23, 2010

Wanita : Akalnya Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasan lelaki akan rosak
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada di Syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanita lelaki memangil ibu, isteri mahupun puteri

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH

Didiklah mereka dengan panduan dariNYA
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan semakin liar..
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka dengan zat yang kekal
Di situlah punca bagi kekutan dunia

Akalnya sitipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hatinya serapuh kaca
Kuatkan ia dengan iman
Perasaannya selembut sutera 
Hiasi ia dengan akhlak
Suburkan ia..
Kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat
nilaian dan keadilan ALLAH

Bisikan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya dari situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya
Pastinya tidak terhibur dan menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan luus, bahkan akan semakin me,mbengkok
itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
Tapi binalah kepimpinan
Pastinya sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri sendiri kepadaNYA
Jinakkan diri kepada ILAHI, nescaya akan jinaklah segala-galanya 
Dibawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA
Andai peribadimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARRAMULLAHU WAJHAH

4 comments:

  1. wah kak eda..sgt islamic ur blog..bagus2..teruskan..

    ReplyDelete
  2. Salam Eda...wah dah ada blog. Lama gak saya hilang dari SI dan segala program SI mmg saya tak joint dah. Apa yang Eda ckp tadi ermmm....salah satu krisis pemulihan atau healing crisis. Kalau serasi teruskan Eda. Selalulah kita keep touch ya...!

    ReplyDelete
  3. eda pun jarang dah masuk SI, mulanya sibuk sgt lps tu jadi mcm malu- kucing sbb rami org baru yg xkenal kita, lgpun eda bkn peer counselor jd rasa mcm xlayak je bg nasihat, hehhe..1 lg sbb merajuk dgn geng SI, hehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails