Pages

Erti perjuangan


اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلا

Melangkah itu mudah Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.Dalam semua ini, Menjaga ISTIQOMAH itu yang paling susah, payah & lelah..

Namun DIA amat faham. Bagi hambanya, DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik. Hanya perlu melakukan yang terbaik, Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Nescaya DIA akan menguruskan selebihnya Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Moga Perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT...
Andai perjuangan ini mudah Pasti ramai menyertainya,Andai perjuangan ini
menjanjikan kesenangan Pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, Turun naiknya, sakit pedihnya Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula Andai terluka ingatlah janjiNYA..

Wednesday, August 18, 2010

Kita Bertanya, AL-Quran Menjawab

KITA BERTANYA :   KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA
 : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
  KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
 : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB 
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' 

- Surah Al-Imran ayat 139 



KITA BERTANYA :   BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan  perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).'


KITA BERTANYA
 : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
  APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
 : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'

- Surah Yusuf ayat 12 


2 comments:

  1. salam..

    mintak izin tepek dlm blog kite ye.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam admin....tolong semak surah yusuf ayat 12.... terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails