Pages

Erti perjuangan


اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلا

Melangkah itu mudah Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.Dalam semua ini, Menjaga ISTIQOMAH itu yang paling susah, payah & lelah..

Namun DIA amat faham. Bagi hambanya, DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik. Hanya perlu melakukan yang terbaik, Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Nescaya DIA akan menguruskan selebihnya Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Moga Perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT...
Andai perjuangan ini mudah Pasti ramai menyertainya,Andai perjuangan ini
menjanjikan kesenangan Pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, Turun naiknya, sakit pedihnya Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula Andai terluka ingatlah janjiNYA..

Showing posts with label Kaabah Kiblatku. Show all posts
Showing posts with label Kaabah Kiblatku. Show all posts

Friday, August 27, 2010

5475 Seruan Solat

Rasulullah bersabda "Perbezaan antara seorang Islam dengan kufur ialah sembahyang, Maka siapa yang meninggalkan sembahyang sesungguhnya ia adalah kafir"
(Muslim, Abu Daud, Al-Tarmizi, Ibnu Majjah dan Annasai dari Jabir r.a)
  • Bermula dari usia 7 hingga 10 tahun adalah tempoh mula mendidik anak menunaikan solat.
  • Jika setiap hari sebanyak 5 kali kita mengingatkan anak untuk mengerjakan solat, bermakna selama setahun (365 hari) maka sebanyak 1825 kali si anak mendengar ungkapan yang sama.
  • Cuba bayangkan selama 3 tahun diulang-ulang peringatan yang sama, ini bermakna hampir 5475 kali si anak mendengar seruan yang sama, baik dari ibu atau ayahnya untuk mengerjakan solat.
  • Dan wajarlah si anak setelah mencapai 11 tahun boleh dirotan jika seruan sebanyak itu diabaikan.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"  (Ibrahim : 40)

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh" ( Ash-Shafaat:100)

Sunday, August 22, 2010

Tahap Mana Sembahyangku

"(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;"(Al-Ma'un : 4-5)
1. Sembahyangku tanpa ilmu. Lebih kepada iku-ikut sahaja. Sembahyangku tidak diterima oleh Allah.

2. Sembahyangku dalam lara atau fikiranku melayang-layang tanpa ada usaha mengawalnya. Neraka Wail adalah balasan untukku.

3. Sembahyangku kerana segan pada makhluk. Sembahyangku tertolak.

4. Sembahyangku pada peringkat mujahadah tetapi hatiku masih gagal dibawa dalam sembahyang. Allah terima sembahyangku setakat yang aku khusyuk sahaja. Selebihnya tertolak.

5. Sembahyangku dengan akal boleh disibukkan dengan mengingati makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang serta tidak lalai. Ini tahap minimum untuk diterima Allah.

sudah memadai jika aku boleh sampai ke tahap kelima ini.

Khusyuk Dalam Solat

1) Hayati makna ayat bagi mencapai khusyuk.
- Diringkaskan kepada enam perkara. Yang pertama ialah ‘hudhur al-qalbi’ ( hadir hati ). Yang dimaksudkan hudhur al-qalbi di sini adalah berusaha membuang segala sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan solat, dan juga membuang segala perkara yang tidak ada hubungan dengan Allah SWT yang dihadapkan segala bacaan dan ucapan. Yang keduanya ialah ‘at-tafahum’ yang bererti melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat itu samada perbuatan dan juga segala yang diucapkan. Contohnya, memahami makna atau maksud ayat-ayat di dalam surah Al-Fatihah. Yang ketiganya pula ialah at-ta’dzim iatu merasa keagungan Allah SWT. Apabila seseorang itu memulakan solatnya dengan menyebut Allahu Akbar, mereka merasa dirinya terlalu kerdil di hadapan Allah SWT dan ingatanya terhadap Allah terlalu agung. Seterusnya ialah ‘ar-rajaa’ iatu sentiasa menaruh harapan besar, mudah-mudahan segala ibadah solat yang dilakukan itu diterima Allah dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya. Yang terakhir ialah ‘al-hayaa’ iatu merasa malu terhadap Allah SWT di atas segala kekurangan dan kecacatan di dalam ibadahnya, sekadar mana yang terdaya dilakukan namun dipersembahkan juga ibadah tersebut ke hadrat Allah.

2) Merasakan rendah dan menghina diri serta membebaskan diri daripada menunjukkan besar diri dan sombong ketika qiyam ( berdiri ) di dalam solat.

3) Jangan lalai ketika Takbiratul Ihram iatu menyebut kalimah Allahu Akbar yang bererti Allah Maha Besar, ketika menyebut lafaz ini janganlah hati menyimpang ke lain.

4) Melahirkan semangat ( himmah ) atau kemahuan untuk melakukan solat dengan khusyuk dan merasakan solat itu amat mustahak di dalam hidup anda.

5) Merasa gerun atau hebat terhadap Allah SWT .
Rasa gerun ini hanya dapat dicapai dengan makrifat yang mendalam terhadap Allah SWT sebagai Khaliq dan makrifat yang terdapat pada diri anda sendiri sebagai hamba.

6) Mengharap akan limpah rahmat dari Allah SWT yang Maha Latif
itu dengan segala kemurahan-Nya memberikan ganjaran yang lebih. Oleh itu, rasa penuh pengharapan dan pergantungan anda hanya terhadap Allah.

7) Elakkan gangguan solat dengan membatasi pandangan.
Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa kaedah luaran bagi merawat hati supaya tidak dihinggapi penyakit lalai. Antaranya ialah dengan memejamkan mata ketika solat. Memejamkan mata dengan maksud menghindari dari memandang sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat. Jangan guna hamparan atau sejadah yang berwarna-warni sekiranya ia menganggu kekyusukan solat anda.

8) Berdiri solat bagai berdiri di Padang Mahsyar.

Bayangkan seolah-olah yang hendak ditunaikan adalah solat yang terakhir dan bayangkan juga dalam ingatanya bahawa seolah-olah ia sedang berdiri di Padang Mahsyar. Bayangkan juga bagaimana keadaan genting di sana yang mana merupakan penentuan yang abadi samada ke Syurga atau Neraka.

9) Pusatkan hati ke arah objek yang dikehendaki.
Sewajarnya orang yang mendirikan solat itu hatinya akan merasa tenang, kerana solat itu bukan sekadar menyebut-nyebut nama Allah malah ia merupakan dialog terus anatara hamba dan Khaliq. Oleh itu, anda perlu memusatkan hati dan ingatan kepada matlamat yang dituju di dalam solat iatu khusyuk contohnya membayangkan seolah-olah anda berada di padang mahsyar.

10) Merasakan bahawa laungan azan itu bagaikan tiupan sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil. Tiupan yang mengejutkan seluruh manusia yang Allah bangkitkan dari dalam kuburnya bagi satu babak yang sangat dahsyat iatu menandakan bermulanya hari kiamat.

11) Menghadap Tuhan sebagai seoarang pesalah.
Ia bermaksud bahawa datang menemui tuhan dengan kesedaran sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan agar memperlihatkan keinsafan yang sebenar sebagai seorang hamba.

12) Membaca ayat Allah bersama hati.
Adapun qiam dalam solat ialah untuk mengekalkan hati bersama Allah SWT, wajib bagi seorang hamba sentiasa mengingat atau hadir hati terhadap Tuhan. Sesungguhnya Allah SWT memberikan perhatian kepada orang yang memperingati-Nya .

13) Dorong hati untuk mendekati khusyuk.
Perlu diingat sekiranya hati anda berpaling kepada selain daripada Allah , maka cepat-cepat anda beringat bahawa Allah mengetahui kedudukan hati itu. Sesungguhya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.

14) Merasai keajaiban sujud terakhir.
Setiap kali anda ruku’ dan sujud, sentiasalah memperbahrui ingatan kepada Allah. Ketika anda tunduk meletakan dahi ketika sujud, hendaklah merasakan bahawa anda sedang merendah diri atau menghina diri kepada suatu Zat Allah yang Maha Agung dan pada masa yang sama anda merasakan diri anda amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Allah Taala.

15) Bagaikan bersama-sama Nabi ketika tasyahhud.
Maksudnya ialah di dalam ucapan tasyahhud terdapat ucapan ‘ selamat sejateralah ke atasmu wahai nabi, dan apabila ucapan ini menggunakan perkataan ‘mu’ atau ‘kamu’ seolah-olah seseorang itu sedang berdepan dengan nabi s.a.w walaupun nabi sudah wafat dan tidak ada di hadapan orang yang solat itu. Oleh itu, hadirkan di dalam hati seolah-olah bahawa Rasullalah ada bersamanya.

16) Ingatlah, Allah bangga dengan solat yang didirikan oleh hamba-Nya. Sesungguhnya para malaikat turut mendirikan solat bersama dengan solat yang didirikan oleh seseorang.

17) Ingatlah juga bahawa mengenai bahaya solat tanpa khusyuk.
Di dalam surah al-Ma’un ayat yang keempat dan kelima, Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebut diperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa. ( Maksud lalai di sini banyak tafsiranya )
SUMBER:“ Khusyuk Dalam Solat ‘’ terbitan oleh Dewan Muslimat Sdn Bhd.

Friday, August 20, 2010

10 gangguan syaitan ketika solat

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram


Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

SUMBER:10gangguansyaitanketikasolat

1 Lagi Tips Untuk Khusyuk..

Bila berbicara tentang khusyuk, kita sering tertanya macammana nak khusyuk?
Ya, khusyuk bukan perkara mudah

"teringat plak satu cerita (betulkan ana jk ana silap) Rasulullah pernah mencabar para sahabat baginda, jika ada yg berani mengaku, mampu solat dgn khusyuk sejak dr awal solat sehingga akhirnya. Rasulullah berjanji akan menghadiahkan jubah baginda kepada mereka yg berkenaan. Tidak ada sesiapa pn yg berani menyahut cabaran tersebut kecuali saidina Ali kwj. Memanglah saidina Ali solat dgn penuh khusyuk. Sehingga hampir habis solatnya, syaitan menyucuk. Saidina ali membayangkan yang dia sudah hampir habis solat dan bakal mendapat jubah yg dijanjikan oleh kekasih Allah itu... ha... dah jadi tak khusyuk lah. Punya lah susah nak khusyuk. Asyik dgoda dek inche setan... "
SUMBER:rahsiakhusyuksolat

dan sedar atau tidak, kita kita hampir tak pernah belajar tentangnya..
Ibabapa&guru-guru kita mengajar, mengingatkan & menyuruh kita bersolat masa kita kecil, tapi mereka tak pernah ajar kita macammana nak khusyuk..Aku juga tidak layak berbicara tentang khusyuk, tetapi sedikit perkogsian ini diharap agar kita sama-sama berusaha..Allah tak pernah memandang sepi usaha hamba-hambaNYA..
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
" teringat banyak cerita wali2 dan para anbiya manangis.. bilamana mengenangkan solat selepas mereka menunaikan solat... adakah di terima atau sebaliknya... sedangkan mereka sendiri tidak menyakini bahawa mereka khusyuk dalam solat.."
 Aku juga seperti hamba-hambaNYA yang lain, tercari-cari tentang khusyuk..Dalam pencarian (masih belum sempurna pencarian ini), inginku kongsikan sedikit..(nantiku masukkan sumbernya)
 Yang paling penting masa kita solat, dari awal kita kena sangat berhati-hati, pernah tak dalam hidup kita, kita lakukan perkara yang berbahaya contohnya masa kita memandu, kita meniti jambatan yang hanya muat-muat kereta kita, kita tak boleh terleka walaupun setengah saat.. Seolah-seolah solat yang terakhir & Seolah-olah disebabkan sembahyang kita yang tak Khusyuk tu kita dicampakkan ke dalam Neraka Wail.
Selain jaga perbuatan perbuatan & jaga bacaan, yang paling penting jaga hati,  jangan terfikir tentang lain . Jangan sampai berkhayal..Masa kita solat ada 10 syaitan yang akan menggangu kita, jika kita tak khusyuk kita mudah ditewaskan..& yang paling sedih kita tak perasan pun kita sebenarnya dah pun ditewaskan...
Related Posts with Thumbnails