Alhamdulillah, Allah melapangkan segala urusanku dalam bulan Ramadhan & Syawal ini dan memberikan aku sekali lagi peluang untuk merayakan Aidilfitri kali ini dengan penuh kebahagiaan..Peluang pulang ke kampung untuk bersama keluarga adalah kesempatan yang tak ternilai kerana sebagai anak perantau bukan banyak peluang bersama keluarga hingga Reza pun kurang rapat dengan keluargaku dan keluarga sebelah suami,tapi raya kali ini agak lama di Melaka hingga Reza tak kisah dengan mamanya sepanjang di kampung..seronok betul dia.
 |
1 Syawal, keluarga sebelah suami |
 |
1 Syawal, Ibu2 saudara suami yang amat kusayangi |
 |
3 Syawal, Keluargaku yang sentiasa kurindui |
Dan kesempatan bercuti ini gak, kitaorang mengambil peluang beraya di Zoo melaka ( utk mengeratkan silaturahim(",)) dan beriadah di Kolam Air Panas Kesang (perancangan awal nak pergi Taman Rekreasi Laman Tiga Budaya Asahan, tapi tutup cuti raya),
..
 |
Di Zoo Melaka |
 |
Di Zoo Melaka |
 |
Di Kolam Air Panas tapi kolam ni tak panas pun sbb untuk budak2 & bapak2 budak (",) |
Syawal ini juga aku masih berkesempatan untuk bertemu wajah-wajah emas anugerah Ilahi
 |
Nenek Mon |
 |
Nek Ngah |
Dan Alhamdulillah, Doaku dan suami akhirnya termakbul pada Syawal ni, Betapa kami gembira dan bersyukur atas anugerah ini..
وقال ربكم اعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين
“ Berdo’alah kepada-KU niscaya akan KU perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina. [Al Mu’min : 60]"
"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta [Al-Mu’minun : 14]"
anugerah terindah.....
ReplyDeletekak eda...tahniah..agak2 bila due?
ReplyDeleteTerima kasih rod, InsyaAllah EDD 18 Mei 2011
ReplyDelete