Pages

Erti perjuangan


اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلا

Melangkah itu mudah Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.Dalam semua ini, Menjaga ISTIQOMAH itu yang paling susah, payah & lelah..

Namun DIA amat faham. Bagi hambanya, DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik. Hanya perlu melakukan yang terbaik, Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Nescaya DIA akan menguruskan selebihnya Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Moga Perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT...
Andai perjuangan ini mudah Pasti ramai menyertainya,Andai perjuangan ini
menjanjikan kesenangan Pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, Turun naiknya, sakit pedihnya Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula Andai terluka ingatlah janjiNYA..

Sunday, September 26, 2010

Mama tanpa Reza

Sejak hari pertama Reza dilahirkan, belum ada satu hari Reza hidup tanpa susu mama tapi semalam (26/09/10) terukir sejarah dalam hidup Reza mungkin juga mama, Reza tidak minum susu mama..Kisahnya sebab semalam mama rasa sakit dibahagian perut & mama tak larat, Doktor pun bagi mama MC 2 hari. Jadi bila Reza balik dari nursery, Reza merengek2 "nak mik,nak mik" (nak milk)  mama pun letak sirap pada 'nenen' & mengatakan 'milk sakit'..Mama tahu Reza sayang mama tapi mama tak sangka seawal usia 2 tahun Reza mampu menunjukkan rasa kasihan&memahami kesakitan mama..Malam tadi, babah buatkan 'milk bottle' lepas abis sebotol Reza minum, Reza leka main 'atomen' tapi sekejap2 datang dekat mama "nak engok" (nak tengok) sambil selak baju mama, Reza rindu ye? Bila mama nampak Reza ngantuk, mama pun ajak 'Jom sleep'. Reza ikut mama masuk bilik&tido sebelah mama dekat dgn nenen Reza tapi Reza tak minta pun milk sbb Reza tahu 'milk sakit'. Bila Reza terbangun tengah malam, Reza pun kata 'nak mik', mama keraskan hati mama cakap 'milk sakit'. Reza peluk mama&kita sambung tidur dengan berpelukan..Bila pagi, Reza bangun dulu dari mama, sekali lagi Reza kejut mama&kata 'nak mik'..&buat sekian kalinya mama cakap 'milk sakit' & tanpa disangka Reza angkat kedua2 tapak tangan Reza yang comel tu dan Reza letak kat pipi mama&Reza terus cium mama..
Wajah ceria abang reza yang nak dapat adik

Mama sendiri tertanya2 adakah Reza sedih atau hati mama yang lebih terluka. Maaf nak, mama tahu berat untuk Reza melepaskan susu mama, percayalah sayang, hati mama juga berat untuk berpisah susu denganmu..Saat ini, buat pertama kali dalam hidup mama mama berfikir sendiri "Kenapa perlu lalui saat ini"..Mama tahu Reza dah besar, tetapi hati mama sendiri yang cuba menafikan, mama terlalu rindu saat menyusukan Reza walaupun mama kehilangan cuma  satu malam..& pagi ini, Reza mungkin ingin tahu mama buat keputusan yang mama mahu menunda untuk berhenti susu..Untuk tidak rasa bersalah, mama cuba buat sedikit pembacaan tentang Penyusuan sewaktu hamil.
Tiada fakta yang menyokong penyusuan semasa hamil berbahaya! http://www.kellymom.com/nursingtwo/index.html mengatakan 61% daripada 179 ibu terus menyusukan anak semasa hamil dan 38% daripada mereka pula melakukan penyusan 'serentak' selepas bayi tersebut dilahirkan.
Sehubungan itu, penyusuan susu ibu melibatkan hormon prolaktin yang menghasilkan susu dan oksitosin bagi mengecutkan tisu payu dara. Rangsangan di puting yang menghasilakn oksitosin turut menyebabkan kontraksi pada rahim. Pemerhatian perubatan melaporkan 'kontraksi' penyusuan TIDAK BOLEH menyebakan pembukaan servik. Faktanya, ransangan anak di payu dara ibu hamil akan menyebabkan oksitosin kurang dirembeskan berbanding oksitosin ibu tidak hamil.
Pakar biologi menegaskan sewaktu hamil, rahim dilindungi daripada 'mesej' oksitosin melalui berbagai cara. Bagi mebolehkan oksitosin berkerja, rahim perlu mempunyai sel penerima yang menjadi 'orang tengah' antara oksitosin dan rahim. Sel penerima ini amat rendah ketika hamil. Selepas minggu ke-37 kehamilan, jumlah bertambah secara perlahan-lahan. Penyusuan susu ibu tidak meningkatkan risiko keguguran.

5 comments:

  1. Ala ciannya abg reza..cedih2..xleh bayangkan camna nanti nak pisahkan wafiy dgn susu dia..huhuhu..mesti x sampai hati..huhuhu

    ReplyDelete
  2. cian anak babah....tatau plak bgn mlm td mintak mik(milk)..huhuuh babah tido tak soda diri upenye..hehehhe

    ReplyDelete
  3. ..sayunye..bijak reza..moga jd ank yg soleh ye shayunk..mmmuah!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails