Pages

Erti perjuangan


اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلا

Melangkah itu mudah Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.Dalam semua ini, Menjaga ISTIQOMAH itu yang paling susah, payah & lelah..

Namun DIA amat faham. Bagi hambanya, DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik. Hanya perlu melakukan yang terbaik, Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA. Nescaya DIA akan menguruskan selebihnya Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Moga Perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT...
Andai perjuangan ini mudah Pasti ramai menyertainya,Andai perjuangan ini
menjanjikan kesenangan Pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, Turun naiknya, sakit pedihnya Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula Andai terluka ingatlah janjiNYA..

Saturday, August 28, 2010

Reza dan Grolier

“Ya Allah! Terangkan hatiku, mudahkan urusanku, bukakan ikatan lidahku, fasihkan tuturku.”
Masa aku dapat je buku-buku grolier ni, disamping excited nak start, aku ada gak tertanya-tanya aku mampu ke utk mengajar  tapi aku cuba berfikiran positif, aku akan buat yang terbaik..semoga tak hangat-hangat tahi ayam.
Mula-mula dapat aku pasang dvd ikut suka jer, yela nak tengok apa ada dalam tu..lepas 2 minggu aku mula buatkan jadual untuk reza belajar..      
Ini Jadual Topik:
18/07/2010 ::Hello
25/07/2010 ::Family
01/08/2010 :: Friends
08/08/2010 :: Happy Houses
15/08/10 - 18/08/2010 :: Ramadhan & Syawal (mama takut tak dapat tumpu perhatian mengajar)
19/09/2010 :: Hello (repeat, utk ulangkaji)
26/09/2010 :: Animal Friends
03/10/2010 :: It' Delicious 
17/10/2010 :: Tick Tock Time
24/10/2010 :: Family (repeat, utk ulangkaji)  
untuk jadual masa lak;
05.30 - 06.30 pm : Magic English
06.30 - 07.30 pm : mama masak&dinner
07.55 - 08.00 pm : Iqra
08.00 - 08.05 pm : Kenal Huruf
08.05 - 08.10 pm : Disney word word word
08.10 - 08.15 pm : I wonder Why/ Flip Flap
Sebelum tido : A story a day    
Perkembangan reza sejak guna set ni Alhamdulillah, amat memberansangkan..
kali pertama&ke2 tgk dvd ni, mcm tgk movie punyalah khusyuk..tp lps kali ke3 dia dah ikut sebut perkataan dalam tu..yang paling mengujakan mama, siap nyanyi "how are you, I'm fine thank you'' walaupun tak buka dvd tu,maknanya dia dah hafal. Buku yang paling dia suka Flip The Flap. Teacher Reza kat school pun puji banyak perkataan Bahasa Inggeris reza tahu. Nantiku updatekan perkembangan reza dari semasa ke semasa, InsyaAllah kalau berkesempatan sekali dengan video dia..

Friday, August 27, 2010

Hutang Budi

Aku amat tertarik dengan penulisan tentang Hutang budi dan Kenang Budi. Aku copy&paste aje..
"Saya kurang senang dengan nada 'terhutang budi'. Frasa yang lebih sedap didengar, barangkali, ialah 'mengenang budi'. Kalimat 'hutang' itu seolah-olah menekan sesiapa yang pernah menerima kebaikan daripada pihak lain untuk berasa terbeban dan terpaksa untuk membalas kebaikan tersebut, walaupun melibatkan logika yang karut.
 Pada pendapat saya, budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu. Mengapa? Kebaikan yang dilakukan itu adalah pilihan individu untuk melakukannya, si penerima tidak akan dapat memaksa pemberi, jika budi diberi dengan paksaan maka ia bukan lagi budi. Mengapa penerima perlu dibebankan oleh keputusan bebas oleh si pemberi? (Ini terutamanya boleh diaplikasikan dalam konteks "termakan budi, tergadai body" - perhatian dan wang ringgit yang dicurahkan menyebabkan penerima rasa bersalah untuk menolak permintaan pemberi. Hello, budi itu diberi atas kerelaan sendiri, kenapa mesti dibalas? Ini jual beli ke? Saya tidak faham dengan orang yang rasa bersalah tidak tentu hala begini, apatah lagi sampai merosakkan diri!)
Satu lagi sebab mengapa saya berpendapat budi bukanlah sesuatu yang boleh dihutang-hutangkan, atau dijadikan bahan peras ugut emosi (emotional blackmail), adalah kerana konsep PEMBALASAN bagi orang yang berTuhan adalah hak mutlak Tuhan. Tidakkah silap jika si pemberi berharap budinya akan dibalas oleh si penerima, atau si penerima menyangka perbuatan baiknya kepada si pemberi dapat menebus budi yang ditaburkan? Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - terutamanya Muslim - perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.
Berbalik kepada institusi atau organisasi yang 'berbudi', di sini saya lihat ada fallacy juga. Budi adalah sesuatu yang dilakukan dengan pilihan, di mana pemberi boleh memilih sama ada hendak melakukannya atau tidak. Jika kebaikan itu adalah tanggungjawab, saya ulang, tanggungjawab, obligasi, kewajiban, maka, ia bukan lagi budi. Malah menjadi kesalahan jika ia tidak dilakukan oleh institusi terbabit. Memang ada yang akan berhujah bahawa tanggungjawab sosial untuk sesebuah organisasi komersil adalah satu bahan dalam debat etika, tetapi saya memilih untuk merujuk kepada opini yang memestikannya.
Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep 'hutang' budi, tetapi saya mencadangkan konsep 'kenang' budi sebagai gantian. Kita tidak bergantung dengan manusia, tetapi kita diajar Allah mengamalkan sikap tolong-menolong dan berterima kasih. Sepertimana tidak ada paksaan untuk orang berbudi kepada kita, tetapi mereka memilih untuk menabur kebaikan, demikian jugalah tidak ada paksaan untuk kita berbudi kembali, tetapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.
Kita tahu kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, institusi, organisasi, semuanya adalah kewajiban mereka, bukannya budi yang sukarela, tetapi kita diperintahkan oleh Allah supaya berbuat baik, menghormati, dan mentaati figura-figura autoriti ini. Malah dalam sesetengah sistem - seperti kekeluargaan dan pendidikan - ketaatan dan penghormatan yang dituntut adalah hampir mutlak, dengan pengecualian hanya dalam satu aspek - jangan sampai bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah keseluruhannya. Jangan kita lupa dengan caveat ini apabila menjadikan ketaatan dan penghormatan itu sebagai justifikasi untuk melakukan sesuatu.


Dan Allah Maha Mengetahui."

5475 Seruan Solat

Rasulullah bersabda "Perbezaan antara seorang Islam dengan kufur ialah sembahyang, Maka siapa yang meninggalkan sembahyang sesungguhnya ia adalah kafir"
(Muslim, Abu Daud, Al-Tarmizi, Ibnu Majjah dan Annasai dari Jabir r.a)
  • Bermula dari usia 7 hingga 10 tahun adalah tempoh mula mendidik anak menunaikan solat.
  • Jika setiap hari sebanyak 5 kali kita mengingatkan anak untuk mengerjakan solat, bermakna selama setahun (365 hari) maka sebanyak 1825 kali si anak mendengar ungkapan yang sama.
  • Cuba bayangkan selama 3 tahun diulang-ulang peringatan yang sama, ini bermakna hampir 5475 kali si anak mendengar seruan yang sama, baik dari ibu atau ayahnya untuk mengerjakan solat.
  • Dan wajarlah si anak setelah mencapai 11 tahun boleh dirotan jika seruan sebanyak itu diabaikan.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"  (Ibrahim : 40)

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh" ( Ash-Shafaat:100)

Memasak bukan hobi

Beberapa minggu ni asyik terbaca mengenai biodata artis..Aku amat tertarik dengan hobi mereka..MEMASAK!
Hingga aku merenung balik dalam diriku, kenapa aku tak boleh jadikan MEMASAK tu satu hobi? Sampaikan aku bertanya seorang kakak kat tempat kerja aku kenapa kita tak boleh anggap Memasak tu satu hobi, jawapan dia mudah sebab perkara tanggungjawab kita, bukan macam artis dia ada 'helper', bila diaorang free baru diorang memasak..macam basuh baju, lipat baju, cuci toilet, mop lantai? perkara tu hobi ke? hehehe (nasib baik, tak jumpa lagi artis yang tulis hobi dia cuci toilet).

Berbalik pasal memasak ni, ada juga isteri2 yang berkerjaya  yang takde helper yang lebih suka makan kat luar atau beli bungkus. Aku lak lebih rela masak sendiri kerana
suami aku lebih suka makan kat rumah. Ada juga yang bagi alasan tak sempat/letih..So, ari ni aku nak bagi panduan macammana nak jadikan memasak tu mudah dan cepat..

Macam aku, aku akan bershopping setiap hari jumaat, so aku akan bajet beli lauk2 tu utk 9x mkn..Hari jumaat&sabtu (2x makan) dan seterusnya ahad-khamis (1x makan) (kalau tak cukup baru akan makan  luar atau kalau bila2 teringin makan kat luar, tak perlu beli lauk cukup2) dan bulan puasa lak kena lebih la sbb untuk sahur sekalikan..Sampai je rumah, aku akan siang dan masukkan lauk2 tu dalam bekas..pada masa yang aku dah rancang nak masak apa..

Minggu yang aku amik gambar ni, ikan selayang ada banyak kat umah sbb balance BBQ kat 'The Red Gate' takpe leh buat lauk gak..So perancangan aku , sambal udang (bestnya kalau campur petai kan?) Sup ayam (lauk kegemaran reza), ayam goreng berempah, ayam masak kicap, paprik dan ketam masak lemak cili padi..Nyum2.

Seterusnya, aku akan menyediakan bahan2 untuk ditumis..(yang ni pun aku sediakan seminggu sekali)

Bahan-bahan untuk sup (ditumbuk)
Bawang merah
bawang putih
halia

Bahan-bahan untuk asam pedas (diblender)
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit hidup
jintan manis (kalau ada halba pun boleh tambah tp jangan diblender sekali, cuma masa nak tumis tu masukkan sekali)

Bahan-bahan untuk rencah sayur goreng (ditumbuk)
bawang merah
bawang putih
ikan bilis

Bahan-bahan untuk goreng mee/bihun
bawang merah
bawang putih
udang kering
cili kering

Kalau nak masak lemak cili padi (tiada dalam gambar)
cili padi
kunyit
(diblender& utk than lama, aku akan panaskan tanpa minyak atas kuali sampai kering kemudian masukkan dalam bekas seterusnya simpan dalam peti ais)

Untuk cili blender, aku kan buat dapat kuantiti yang banyak (anggaran cili kering RM1, cukup utk sebulan).

Cili Kering
Bawang Besar
Tadaa..Dah siap
semasa blender tambah sedikit minyak masak&air hendaklah air masak. Untuk tahan lama, letakkan je dekat bahagian beku,

anak dah 2tahun, dah takde EBM dalam ni,hhehe

Sebelum pergi kerja aku kan turunkan 1 bekas lauk ni ke bahagian bawah, so petang balik kerja tu dah tak beku lagi jadi boleh la terus memasak..dalam 1/2 jam pun boleh siapkan..

Dulu, masa baru-baru kahwin aku masih kekok menguruskan rumahtangga, selalu gak la suamiku makan lauk lauk ayam/ikan goreng je..sbb balik kerja dah lewat&penat malas dah nak menumbuk bawang..nak makan sedap kena tunggu hujung minggu..
tapi aku mula jadi kreatif (kreatif ke ni? hehhe) lepas aku menyusukan penuh anak aku selama 2tahun lebih ni..aku jadi lebih teratur, lebih merancang, lebih berdisplin,lebih kuat semangat..Bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya tentu memahami maksud aku kerana bila kita mengepam kita kena merancang  keperluan dia di nursery, kita akan cairkan menurunkan 1-2 bekas ke bahagian bawah peti ais, kita kan aturkan susu yang dicairkan perlu diberi dahulu, perahan hari semalam selepas itu dan macam-macam lagi..kalau susu dapat sikit, otak kita ligat memikir macammana nak cukupkan stokkan..orang yang bagi FM tak merasa semua ni kan,betul tak?

gambar lama, masa masih bekalkan EBM ke nursery

Monday, August 23, 2010

Wanita : Akalnya Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasan lelaki akan rosak
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada di Syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanita lelaki memangil ibu, isteri mahupun puteri

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH

Didiklah mereka dengan panduan dariNYA
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan semakin liar..
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka dengan zat yang kekal
Di situlah punca bagi kekutan dunia

Akalnya sitipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hatinya serapuh kaca
Kuatkan ia dengan iman
Perasaannya selembut sutera 
Hiasi ia dengan akhlak
Suburkan ia..
Kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat
nilaian dan keadilan ALLAH

Bisikan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya dari situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya
Pastinya tidak terhibur dan menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan luus, bahkan akan semakin me,mbengkok
itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
Tapi binalah kepimpinan
Pastinya sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri sendiri kepadaNYA
Jinakkan diri kepada ILAHI, nescaya akan jinaklah segala-galanya 
Dibawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA
Andai peribadimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARRAMULLAHU WAJHAH

Sunday, August 22, 2010

Tahap Mana Sembahyangku

"(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;"(Al-Ma'un : 4-5)
1. Sembahyangku tanpa ilmu. Lebih kepada iku-ikut sahaja. Sembahyangku tidak diterima oleh Allah.

2. Sembahyangku dalam lara atau fikiranku melayang-layang tanpa ada usaha mengawalnya. Neraka Wail adalah balasan untukku.

3. Sembahyangku kerana segan pada makhluk. Sembahyangku tertolak.

4. Sembahyangku pada peringkat mujahadah tetapi hatiku masih gagal dibawa dalam sembahyang. Allah terima sembahyangku setakat yang aku khusyuk sahaja. Selebihnya tertolak.

5. Sembahyangku dengan akal boleh disibukkan dengan mengingati makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang serta tidak lalai. Ini tahap minimum untuk diterima Allah.

sudah memadai jika aku boleh sampai ke tahap kelima ini.

Syurga Rumahtangga

Hampir Seluruh Perkahwinan Mengalami Pertengkaran
Meskipun Ramai Orang Yang Malu Mengakuinya
Sebenarnya Sebuah Perkahwinan..
Tanpa Pertengkaran Ibarat Cendol Tidak Bergula

Syurga Rumahtangga Itu Fitrah Hati
Naluri Semulajadi Yang Pinta Diisi
Kerananya Jejaka Rela Menjadi Suami
Kerananya Perawan Rela Menjadi Isteri
Masing-Masing Dengan Harapan
Agar Rumahtangga Membawa Kebahagiaan

Matlamat Yang Satu Tapi Jalannya Berliku
Destinasinya Sama Tapi Kaedahnya Berbeza
Lalu Bermacamlah Jalan Ke Sana

Ada Yang Mengatakan
Bahagia Itu Pada Harta
Diukir Dari Intan Permata
(Gah , Suamiku Seorang Jutawan )

Tidak Kurang Merasakan
Bahagia Itu Pada Rupa..
Ditempa Oleh Wajah Rupawan
(Wah, Isteriku Seorang Selebriti )

Ramai Juga Yang Merasakan
Bahagia Itu Pada Kuasa
Dituai Oleh Pangkat Dan Jawatan
( Wah, Suamiku Seorang Negarawan)

Pelbagai Jalan Menimbulkan Dilema
Mencari Yang Benar Mempelai Tersasar
Kalaulah Bahagia Itu Pada Harta
Kalaulah Bahagia Itu Pada Nama
Kalaulah Bahagia Itu Pada Rupa
Kalaulah Bahagia Itu Pada Kuasa
Kenapa Charles Dan Diana Berpisah
Kenapa Elvis Dan Priscilla Berpecah
Kenapa Onassis Dan Jackie Bertelagah.

Bahagia Itu Pada HATI
Bertakhta Di Kerajaan Diri
Bahagia Itu Pada JIWA
Mahkota Di Singgahsana Rasa
Bahagia Itu KESABARAN
Bila Susah Tak Gelisah
Bila Miskin Tak Pemarah
Bila Gagal Tidak Resah
Oh, Suamiku,Inalillah....


Bahagia Itu Dari Dalam Hati
Kesannya Zahir Rupanya Maknawi
Terpendam Bagai Permata Dalam Hati
Terbenam Bagai Mutiara Disalut Nurani

Hakikatnya Bahagia Itu Ketenangan
Bila Hati Mengingati Tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah Dgn Mengingati Allah Itu Memberi
Ketenangan Pada Hati
Suami Isteri Sama-Sama Mengerti
Maksud Tersemi Takdir Ilahi
Itulah Zikir Yg Hakiki.

Binalah Rumahtangga Atas Tapak Iman
Tuluskan Niat Luruskan Matlamat
'Suamiku, Kaulah Pemimpin Menuju Ilahi'
'Isteriku, Kaulah Permaisuri Hati.....'
Penyeri Islamku Nanti
Muktamadlah Akad Sahlah Nikah
Dengan Nama Allah
Gerbang Perkahwinanpun Terserlah

Di Atas Tapak Iman Dirikanlah Hukum Tuhan
Iman Itu Tujuan
Syariat Itu Jalan
Tempat Merujuk Segala Permasalahan
Tempat Mencari Semua Penyelesaian
- Isteriku, Taatilah Suamimu Dan Hukum Allah....
- Suamiku, Patuhilah Sunnah Rasululah S.A.W

Binalah Hidup Di Neraca Maaruf
Rumah Jadi Sambungan Madrasah...
Seninya Kerana Solat...
Indahnya Oleh Munajat
Tapaknya ...Iman
Jalannya ....Syariat
Natijahnya.....Akhlak
Tiga Penjamin Segala
Kunci Kebahagian Rumahtangga
Dan Terciptalah:
'Setia Dan Penyayang Suami'
'Cinta Dan Kasih Isteri'
Lalu Berbuahlah
Mahmudah Demi Mahmudah
Yang Melahirkan.....
Soleh Dan Solehah.

Semoga Allah Melimpah
Segala Anugerah Kebahagiaan Rumahtangga…
Related Posts with Thumbnails